Friday, January 6, 2012

10 tanda si Dia adalah jodoh kita





1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon . Cuba perhatikan cara dia berpakaian , cara percakapan , cara ketawa serta cara makan dan minum . Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik . Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya , sah dia sedang berlakon . Kadang-kadang , kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon . Tetapi , apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-bua t, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai . Jika tidak , dia mungkin bukan jodoh kita .

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya , tidak ada sedikit pun perasaan bosan , jemu ataupun tertekan pada diri kita . Semakin hari semakin sayang kepadanya . Kita sentiasa tenang , gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita . Dia juga merasainya . Rasa senang sekali apabila bersama . Apabila berjauhan , terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya . Tidak kira siang ataupun malam , ketiadaannya terasa sedikit kehilangan .

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan , dia tidak ambil peduli . Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan . Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini . Yang penting , siapa kita sekarang . Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya , dia tidak ambil hati langsung . Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini . Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya . Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita .

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama . Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita . Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita . Selagi kejujuran bertakhta di hatinya , kebahagiaan menjadi milik kita . Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan . Apabila dia tidak jujur , sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia juju r, semakin hangat lagi hubungan cinta kita . Kejujuran yang disulami dengan ke setiaan membuahkan percintaan yang sejat i . Jadi , dialah sebaik-baik pilihan .

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri . Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung . Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih,  adakah rahsia kita selamat di tangannya ? Bagi mereka yang berjodoh , sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka . Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain . Satu lagi , kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat . Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran . Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya .

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini . Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar . Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing . Perkara paling penting , kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama . Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama . Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama , sukar bagi kita hidup bersamanya . Ini kerana , kita yang memikul beban  tanggungjawab seratus peratus . Bukankah ini menyusahkan ?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh , dia mestilah memahami diri pasangannya . Semasa kita sakit dia bawa ke klinik . Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur . Apabila kita mengalami kesusahan , dia menjadi pembantu . Di kala kita sedang berleter , dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi . Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita . Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan . Kata orang , " lidah sendiri lagikan tergigit " , inikan pula suami isteri ' . Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih . Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka , di saat senang dan susah , dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita .

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini . Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut . Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu . Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita , dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita . Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya . Malah , dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita . Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari , dia tidak menghalang kita daripada melawatnya . Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing , memang ditakdirkan kita hidup bersamanya .

9.Kata hati
Dengarlah kata hati . Kadangkala , manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya . Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing . Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu . Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita , tanyalah sekali lagi . Adakah dia ditakdirkan untuk kita ? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan . Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa .

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT . Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa . Adakalanya , dalam memainkan peranan sebagai pelakon , diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati . Mimpi memang mainan tidur , tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk , insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjuk-Nya . Jika dia pilihan kita , buatlah keputusan sebaiknya . Jika tidak , tolaklah dia dengan baik . Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia . Setelah semuanya diusahakan , berserahlah kepada-Nya dan terus berdoa . Ingatlah , nikmat di dunia ini hanya sementara . Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya . 

Dan dalam dunia nih pon , tiada istilah jika kita syg kan seseorang tuh , kita tak perlu memiliki dia . orang yg benar-2 ikhlas mahukan si dia , dia akan buat 10 perkara di atas ini . Jadi , ambil lah ia sebagai ikhtibar yeeee . Assalamualaikum :)

#mana yg di hightlight begini , adalah perkara penting yang patut korang semua ambil tahu .

1 comment:

  1. solat Istikharah tu antara cara yang boleh bgtau dia jodoh kita atau tidak.

    ReplyDelete

Hi followers! Leave your comment here. Maybe one is good enough. TQ :)